Strangeness and charm
1
2
3



Beauty Tips
♣ 0

Hai all, sbelom aq jwb exam esop..aq nk bg tips skit k.. tips ape..jom kite negok nye :-


Cuba tengok tips bawah ni..really useful kalau amalkan selalu...:)

:u: Jerawat=Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

:u: Bintik hitam=Rendam sehelai tisu ke dalam putih telur. Tampal tisu tersebut ke tempat yang ditumbuhi bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan dan cuci muka. Amalkan 2 kali seminggu.

:u:Parut di muka=Kisar timun dan tapis airnya. Tampal hampas timun pada muka. Biar setengah jam dan cuci.

:u:Licinkan kulit muka=Gosok serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biar 3 minit dan cuci dengan air suam.

:u: Kecilkan= liang pori mukaLetak kiub ais pada muka selepas mencuci.

:u: Panau=Gosok halia pada kulit berpanau. Biar seketika dan kemudian bilas. Amalkan 3 kali sehari.

:u: Lembutkan rambut=Ambil segenggam daun inai. Mesin hingga hancur dan sapukan pada rambut.

:u: Lebatkan rambut=Patah-patahkan daun lidah buaya. Sapukan pada kepala dan kemudian, cuci bersih.

:u: Hitamkan rambut=Ambil hampas teh yang tidak digunakan lagi. Basahkan dan letak pada rambut secara rata. Kemudian, cuci bersih.

:u: Merahkan bibir=Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi.

:u: Bibir pecah=Sapukan mentega atau madu ke bibir sebelum tidur setiap malam.

:u: Tumit merekah=Rendamkan kaki dalam air bercampur asam jawa beberapa minit. Lakukan 3 kali seminggu.

:u: Kilatkan kuku kaki=Buang kulit bawang putih dan potong dua. Gosokkan pada kuku kaki sekerap mungkin hingga berkilat.

:u: Putihkan gigiGosokkan serbuk penaik atau soda bikarbonat pada gigi. Kemudian, kumur dan gosok gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan 2 kali seminggu.

Tegangkan kulit muka=Sapukan putih telur ke muka. Biarkan ia kering dan melekat seperti masker. Kemudian, bilas muka dengan air suam. Amalkan 2 kali seminggu.

:u: Lebatkan bulu kening=Sapukan lendir daun lidah buaya pada kening hingga melekit. Boleh juga disapukan pada bulu mata supaya menjadi lebih lentik.

:u: Selulit=Tumbuk bawang merah dan lada hitam. Campurkan sedikit minyak masak. Urut pada tempat berselulit selama 15 minit.

:u: Hilangkan kedut di dahiAmbil asam jawa dan tempekkan pada dahi.

:u: Lembutkan & lembapkan kulit muka=Campurkan 2 sudu asam jawa dan air perahan limau nipis. Biarkan sederhana pekat. Sapu pada muka. Biar 15 minit dan cuci.

:u: Kempiskan perut=Tumbuk lumat halia sebesar ibu jari. Campurkan dengan asam jawa. Sapu campuran pada perut. Ikat perut dengan tuala selama 1 jam. Lakukan setiap hari selama 2 minggu.

:u: Luruskan rambut=Perah sebiji kelapa. Ambil patinya sahaja. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Simpan dalam peti sejuk hingga bahagian atasnya menyerupai krim. Sapu pada kulit kepala dan rambut. Tutup kepala dengan tuala selama 1 jam. Kemudian, bilas dengan air. Lakukan 3 kali seminggu.

:u: Bengkak bawah mata=Campurkan air suam dan garam. Celupkan kapas dan sapu pada bawah mata.

:u: Uban=Tumbuk lumat segenggam daun kari. Gaul dengan santan. Rebus hingga jadi minyak. Sapukan pada rambut setiap hari.

:u: Bau badan=Gosokkan bawah lengan pada kepala lutut setiap kali mandi.

:u: Bau mulut=Ramas beberapa helai daun sirih dan kumur dengan air tersebut.

Kalau ade yang tidak berhasil, sesungguhnya ia takdir Allah :)
Byee like kalau suka . Comment? Click title and go down.


:face76:credit to ::YuslianaYusoof



◄ older

newer ►